June 05, 2013

Ciri sahabat yang baik~~ ^_^

Assalamualaikum

Tadi, aku ada membuka laman Youtube untuk mendengar nasyid..Haa!!.. ni lagu dia
Lepastu aq ade baca pasal wasiat Alqamah kepada anaknya..yaitu pasal ciri sahabat yang baik.. tu je aq nk cakap dalam entry kali ni.. haha.. berikut adalah ciri2 tersebut :) :-
Wahai anakku! Apabila engkau mahu bersahabat dengan seseorang maka buatlah persahabatan dengan orang yang:-
  • Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia akan memelihara akan dikau.
  • Apabila engkau bersahabat denganya maka akan bertambah nilai dirimu.
  • Apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menanggung kesusahanmu.
  • Apabila engkau menolong akan dia nescaya ia akan membalas kebaikanmu.
  • Apabila ia melihat akan kebaikan daripadamu nescaya ia akan mengambil kira.
  • Apabila ia melihat pada dirimu akan kejahatan,nescaya ia akan menutupinya.
  • Apabila engkau berkata nescaya membenarkan ia akan perkataanmu.
  • Apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya menolong ia akan dikau.
  • Apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu,nescaya melebihi ia akan dikau(beralah).

No comments:

Post a Comment

 
Chrome - Precision Select